AM

MATTA Fair Tawar Diskaun Tiket Kapal Terbang Hingga 30 Peratus

01/05/2026 12:50 AM

KOTA BHARU, 30 April (Bernama) -- Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menjalin kerjasama strategik dengan Malaysia Aviation Group (MAG) bagi menawarkan diskaun tambang penerbangan hingga 30 peratus sempena penganjuran MATTA Fair.

Naib Presiden Kajian dan Teknologi MATTA Datuk Mohd Hizzat Mohd Shah berkata inisiatif itu antara tarikan utama kepada pengunjung selain membantu merancakkan sektor pelancongan negara.

“Setiap kali MATTA Fair, kita bekerjasama dengan syarikat penerbangan untuk menawarkan diskaun harga tiket hingga 30 peratus bergantung kepada laluan dan promosi semasa.

“Langkah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna malah meningkatkan permintaan terhadap pakej pelancongan yang ditawarkan agensi tempatan,” katanya pada sidang media MATTA Fair Kelantan 2026 di sini hari ini.

Mohd Hizzat berkata kira-kira 2,500 agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terlibat dalam MATTA Fair sekali gus memberi peluang kepada pemain industri mempromosikan produk kepada orang ramai.

Beliau berkata MATTA turut bekerjasama dengan Tourism Malaysia di setiap negeri bagi memastikan penyertaan menyeluruh manakala edisi terbesar di Kuala Lumpur yang diadakan dua kali setahun berjaya menarik kira-kira 300,000 pengunjung pada April lepas.

Selain itu, katanya, MATTA membangunkan inisiatif TRUST bagi membolehkan agensi menyalurkan laporan terus kepada MOTAC sekali gus memperkukuh pemantauan, pematuhan dan keyakinan pengguna terhadap industri pelancongan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan