KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengesahkan bahawa Amir Hamdan akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan selepas hampir lapan tahun bersama syarikat.
Menurut Prasarana dalam kenyataan hari ini, keputusan beliau untuk meninggalkan syarikat tersebut adalah atas sebab-sebab peribadi selaras dengan perancangan beliau untuk langkah seterusnya.
“Maklumat lanjut berhubung kesinambungan kepimpinan syarikat akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi rasmi Prasarana.
“Prasarana merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan dan mendoakan yang terbaik dalam perancangan masa depan beliau,” menurutnya.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Amir telah memainkan peranan penting dalam memacu pelbagai inisiatif transformasi dan memperkukuh operasi syarikat dalam memastikan operasi perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat, menurut Prasarana.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial