AM

Mangsa Banjir Di Perak Terus Berkurang Pagi Ini

12/05/2026 09:08 AM

IPOH, 12 Mei (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor di daerah Larut, Matang dan Selama terus berkurang kepada 34 mangsa daripada sembilan keluarga pagi ini, berbanding 38 mangsa daripada 10 keluarga, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari Kampung Matang Pasir itu, berlindung di PPS berkenaan sejak 1.30 pagi semalam.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Perak memaklumkan paras air di Sungai Kinta di Tanjung Tualang, masih berada pada tahap bahaya dengan bacaan 12.50 meter (m), berbanding paras normal 10m.

Jabatan Meterorologi Malaysia pula menjangkakan ribut di kesemua daerah pada sebelah petang hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan