ISTANBUL, 13 Mei (Bernama-Anadolu) -- Gempa bumi berukuran 4.6 pada skala Richter melanda Iran berhampiran bandar Pardis di timur Tehran lewat Selasa, menurut Pusat Seismologi Iran, lapor Anadolu Ajansi.
Pusat itu dalam laporan awal memaklumkan gempa berkenaan berlaku pada 2016 GMT pada kedalaman 10 kilometer.
Pusat gempa dikenal pasti berhampiran sempadan wilayah Tehran-Mazandaran, kira-kira 41 kilometer dari Tehran dan 77 kilometer dari Karaj.
Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar termasuk bahagian timur wilayah Tehran dan bandar berhampiran di wilayah Mazandaran.
Setakat ini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial