EKONOMI

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Tanco Holdings

09/06/2026 11:10 AM

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung aktiviti jualan singkat harian (IDSS) untuk Tanco Holdings Bhd bagi baki hari ini selepas saham tersebut melanggar had harganya.

Menurut bursa dalam makluman hari ini, penggantungan itu disebabkan harga saham pembangunan hartanah tersebut merosot lebih daripada 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

Jualan singkat untuk Tanco Holdings di bawah IDSS akan disambung semula pada 8.30 pagi esok.

Sehingga 9.44 pagi, saham Tanco Holdings menurun 19 sen kepada 93 sen, dengan 12.01 juta saham diniagakan. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan