AM

Mesyuarat Khas SPR Hari Ini Tentukan Tarikh Penting PRN Johor, Negeri Sembilan

12/06/2026 08:05 AM

PUTRAJAYA, 12 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan di Menara SPR, hari ini. 

Mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun itu dijadual bermula 10 pagi, sebelum satu sidang media diadakan sejurus selesai mesyuarat berkenaan.

Sidang media yang amat ditunggu-tunggu itu antaranya bagi mengetahui tarikh penting kedua-dua PRN termasuk tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan undi awal, hari pengundian dan tempoh berkempen serta maklumat mengenai lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Pada 1 Jun lepas, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang mempunyai 56 kerusi, setelah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Ia disusuli pengumuman Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun pada 4 Jun yang mengumumkan DUN Negeri Sembilan dengan 36 kerusi, dibubarkan pada keesokan harinya setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan