JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita Dituduh Bunuh Warga Indonesia

19/06/2026 10:49 AM

SEPANG, 19 Jun (Bernama) -- Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang warganegara Indonesia awal bulan ini.

Tertuduh, Chin Siau Lan, 44, didakwa membunuh warganegara Indonesia tersebut di sebuah unit kediaman di Blok B, The Olive, Jalan Sunsuria 1, Bandar Sunsuria, di sini pada kira-kira 2.31 petang, 3 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya V. Luvithaa manakala tertuduh diwakili peguam V. Ayasamy.

Majistret Khairatul Animah Jelani kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 21 Julai bagi serahan dokumen.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan