PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH

22/04/2024 10:41 PM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives  ditutup rendah pada Isnin berikutan risiko perang di Timur Tengah yang makin mereda. 

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata oleh itu, emas mungkin menjadi semakin sensitif terhadap pergerakan hasil Amerika Syarikat (AS) dan kekukuhan dolar AS dalam jangka pendek.

“Harga jongkong berkemungkinan mengalami penurunan seterusnya dalam jangka pendek jika trend biasa kolerasi songsang emas dengan dolar AS berterusan dan kadar faedah terus meningkat.

“Selain itu, pembeli yang memasuki pasaran pada minggu lepas dan mencari harga emas yang lebih tinggi dijangka terkesan dengan penurunan mendadak itu dan mungkin terpaksa menjual emas mereka, sekali gus menjejaskan lagi penurunan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2024 merosot kepada US$2,367.00 setiap auns troy daripada paras penutup US$2,389.40 pada Jumaat minggu lepas manakala Mei 2024 turun kepada  US$2,383.10 daripada US$2,405.50 setiap auns troy.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup rendah kepada  US$2,388.30 setiap auns troy daripada US$2,410.70.

Jumlah dagangan menyusut kepada 16 lot daripada 91 lot manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 35 kontrak daripada 120 kontrak pada Jumaat. 

Menurut London Bullion Market Association pada 19 April, harga emas fizikal berada pada US$2,379.70 setiap auns troy. 

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan