PASARAN > BERITA

KADAR ANTARA BANK JANGKA PENDEK DITUTUP STABIL

06/06/2024 05:50 PM

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia ( BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. 

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM26.08 bilion daripada RM27.69 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM20.45 bilion daripada RM19.74 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan tender repo berbalik. 

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan Murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga tahun.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM26.1 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM20.5 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari. 

Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 3.00 peratus setakat 5 Jun.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan