PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP LEBIH TINGGI

12/06/2024 08:59 PM

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini kerana pasaran sedang memantau data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan lewat hari ini untuk mendapatkan petunjuk lanjut mengenai dasar monetari AS.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2024 meningkat kepada US$2,321.1 setiap auns troy daripada US$2,310.7 setiap auns troy semalam, manakala Julai 2024 bertambah kepada US$2,327.9 setiap auns troy daripada US$2,317.5 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,343.1 setiap auns troy daripada US$2,332.0 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan meningkat kepada 18 lot daripada lapan lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 33 kontrak daripada 22 kontrak sebelum ini.

Menurut London Bullion Market Association pada 11 Jun, harga emas fizikal berada pada US$2,316.50 setiap auns troy.  

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan