PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

21/06/2024 07:32 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, menjejaki prestasi niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).

Pada penutup dagangan, Jun 2024 naik kepada US$2,367.30 setiap auns troy daripada US$2,336.10 setiap auns troy pada Khamis, manakala Julai 2024 meningkat kepada US$2,374.10 setiap auns troy daripada US$2,342.90 setiap auns troy.

Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 masing-masing ditutup tinggi pada US$2,390.10 setiap auns troy berbanding US$2,358.90 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan kekal pada 15 lot sejak semalam, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 40 kontrak daripada 25 kontrak.

Menurut Persatuan Pasaran Jongkong London, harga emas fizikal berada pada US$2,351.60 setiap auns troy berdasarkan penetapan petang pada 20 Jun.

-- BERNAMA

 

b


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan