PASARAN > BERITA

RINGGIT DIBUKA RENDAH BERBANDING DOLAR AS

14/06/2024 10:19 AM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini berikutan kekurangan minat belian apabila Indeks Dolar AS (DXY) melantun semula selepas penurunan dolar AS baru-baru ini. 

Pada 9.05 pagi, ringgit menyusut kepada 4.7140/7190 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7070/7110 pada Khamis.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY melepasi paras 105 mata apabila para peniaga kurang keyakinan terhadap mata wang euro berikutan kebimbangan terhadap pilihan raya Perancis. 

“Justeru, Dolar AS/Ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata peralihan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi mungkin akan lebih ketara pada separuh kedua 2024 apabila data-data yang akan diumumkan kelak dijangka lebih lemah di tengah-tengah aliran disinflasi ketika ini.

"Oleh itu, prospek positif ringgit pada separuh kedua tahun ini dijangka terus kekal,” katanya. 

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.9982/3.0015 daripada paras penutup 2.9945/9972 pada Khamis tetapi naik berbanding euro kepada 5.0610/0663 daripada 5.0840/0884 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 6.0104/0167 daripada 6.0160/0211.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan susut sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 289.6/290.1 daripada paras penutup 289.2/289.6 pada Khamis dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.03/8.04 sebelumnya. 

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4880/4919 daripada 3.4887/4920 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.8185/8370  daripada 12.8386/8540.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan