PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA AKHIRI PENYUSUTAN TUJUH HARI SUSULAN BELIAN PADA HARGA RENDAH

26/06/2024 06:57 PM

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia menamatkan penyusutan selama tujuh hari apabila ditutup tinggi hari ini berikutan terdapat belian semasa harga rendah disebabkan penjualan baru-baru ini, kata penganalisis. 

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.35 peratus atau 5.57 mata kepada 1,590.95 daripada 1,585.38 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.01 mata lebih tinggi kepada 1,586.39 dan bergerak antara 1,581.76 dan 1,593.42 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 674 berbanding 433, dengan 465 kaunter tidak berubah, 873 tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 4.73 bilion unit bernilai RM3.22 bilion daripada 5.23 bilion unit bernilai RM3.70 bilion semalam.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI pulih kepada wilayah positif menerusi dorongan perkembangan pasaran yang menggalakkan.

Beliau berkata saham utiliti dan penjagaan kesihatan mendahului peningkatan semula itu, dengan saham mewah dalam sektor ini kekal menerima tarikan dalam kalangan pencari belian semasa harga rendah, terutama selepas pembetulan harga minggu lepas.

 “Prestasi pasaran hari ini seterusnya didorong oleh peningkatan semula saham semikonduktor NVIDIA malam tadi, yang akhirnya kembali menokok selepas menyusut 15 peratus sejak tiga hari lepas.

"Selain itu, Tinjauan Keyakinan Pengguna Amerika Syarikat bagi Jun turun kepada 100.4 berbanding 101.3 pada Mei, memberikan sedikit ruang kepada Rizab Persekutuan untuk mempertimbangkan pengurangan kadar faedah," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpandangan keadaan pasaran akan kekal stabil berikutan sentimen pelabur yang semakin baik.

"Pelabur kini memihak kepada saham utiliti, bank, dan saham permodalan kecil dalam sektor teknologi dan penjagaan kesihatan.

"Oleh itu, kami menjangkakan indeks ini akan kekal positif pada masa hadapan, didorong oleh pendirian optimis baharu," katanya kepada Bernama.

Thong mengunjurkan FBM KLCI diniagakan lebih tinggi dalam julat 1,585-1,600 pada sepanjang minggu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok lima sen kepada RM9.96, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.01 dan CIMB menokok lapan sen kepada RM6.76.

Sementara itu, Tenaga Nasional merosot lapan sen kepada RM13.92 dan IHH Healthcare rendah satu sen kepada RM6.27.

Bagi kaunter paling aktif, Ingenieur Gudang tidak berubah pada 6.5 sen, SBH Marine naik 3.5 sen kepada 32 sen, JCY International dan SNS Network Technology masing-masing menambah empat sen kepada 73.5 sen dan 76 sen manakala MY E.G. susut dua sen kepada RM1.02.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 52.38 mata kepada 12,210.75, Indeks FBMT 100 menokok 42.66 mata kepada 11,792.34, Indeks FBM Emas Syariah naik 41.63 mata kepada 12,567.54, Indeks FBM 70 meraih 69.42 mata kepada 17,788.86, dan Indeks FBM ACE melonjak 102.18 mata kepada 5,723.31.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 91.71 mata kepada 17,445.23, Indeks Tenaga meningkat 6.46 mata kepada 959.99, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.70 mata kepada 196.84 manakala Indeks Perladangan susut 20.19 mata kepada 6,987.93.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.50 bilion unit bernilai RM2.74 bilion daripada 2.65 bilion unit bernilai RM3.17 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 1.40 bilion unit bernilai RM180.17 juta berbanding 1.58 bilion unit bernilai RM204.44 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 822.4 juta saham bernilai RM295.02 juta berbanding 993.15 juta saham bernilai RM321.7 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 371.18 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (712.73 juta), pembinaan (185.1 juta); teknologi (344.41 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (78.48 juta); hartanah (287.7 juta), perladangan (22.14 juta), REIT (13.43 juta), dana tertutup (2,000), tenaga (173.74 juta); penjagaan kesihatan (35.55 juta); telekomunikasi dan media (82.06 juta); pengangkutan dan logistik (60.51 juta); utiliti (106.14 juta); dan amanah perniagaan (31.65 juta).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan