PASARAN > BERITA

RINGGIT DITUTUP RENDAH BERBANDING DOLAR US

27/06/2024 07:48 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US hari ini kerana sentimen keseluruhan pasaran kekal tertumpu kepada mata wang Amerika Syarikat (AS) dengan kenyataan cenderung untuk menaikkan kadar faedah daripada pegawai Rizab Persekutuan (Fed) terus memberikan sokongan kukuh kepada dolar AS. 

Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada RM4.7160/7190 berbanding dolar US RM4.7140/7185.ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar pertukaran dolar US kepada ringgit Malaysia (USDMYR) mencecah RM4.7225 pada sesi pagi sebelum berada sekitar RM4.7183 pada sebelah petang.

“Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) turun kepada 105.932 mata selepas melepasi 106 mata malam tadi,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata kadar pertukaran dolar US-yen Jepun menjadi tajuk utama kerana ia melebihi 160 yen, didorong oleh jangkaan bahawa Fed akan mengekalkan pendiriannya untuk menaikkan kadar faedah.

"Jangkaan ini didorong indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) yang akan akan diumumkan kelak, ia adalah ukuran inflasi pilihan Fed AS," katanya.

Sementara itu, ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9383/9404 daripada 2.9459/9489 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9643/9681 daripada 5.9722/9779 manakala ia merosot berbanding euro kepada 5.0452/0484 daripada 5.0383/0431.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.

Ringgit berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.4761/4788 daripada 3.4746/4782, turun berbanding rupiah Indonesia kepada 287.4/287.7 daripada 287.1/287.6, susut berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.04 daripada 8.01/8.02, merosot berbanding baht Thailand kepada 12.7874/8015 daripada 12.8007/8185.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan