PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI SEIRING NIAGA HADAPAN EMAS COMEX

28/06/2024 08:37 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi kukuh di niaga hadapan emas COMEX. 

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa Jun 2024 naik kepada US$2,327.60 setiap auns troy daripada US$2,312.40 setiap auns troy semalam manakala Julai 2024 meningkat kepada US$2,335.70 setiap auns troy daripada US$2,320.00 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 masing-masing ditutup tinggi kepada US$2,351.70 setiap auns troy daripada US$2,336.00 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan turun kepada 16 lot daripada 20 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka merosot kepada 36 kontrak daripada 39 kontrak.

Menurut London Bullion Market Association pada 27 Jun, harga emas fizikal berada pada US$2,323.60 setiap auns troy.

-- BERNAMA  

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan