BERITA TERGEMPAR   PM Anwar ulangi pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Gaza | 
 PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

28/06/2024 08:36 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Kontrak bulan semasa Jun 2024 naik 5.5 mata kepada 1,587.5, Julai 2024 meningkat 14.5 mata kepada  1,596.5, September 2024 menokok 15.5 mata kepada 1,583.5 dan Disember 2024 melonjak 13.5 mata kepada  1,589.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 14,970 lot daripada 26,549 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 57,416 kontrak daripada 69,760 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.33 peratus atau 5.15 mata kepada 1,590.09 daripada 1,584.94 pada Khamis.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan