PASARAN > BERITA

KONTRAK NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH

09/07/2024 07:59 PM

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa.

Kontrak bulan semasa Julai 2024 serta Disember 2024 masing-masing kurang 9.0 mata kepada 1,610.0 dan 1,602.5 manakala Ogos 2024 turun 8.5 mata kepada 1,612.5 dan September 2024 susut 8.0 mata kepada 1,596.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 11,865 lot daripada 7,865 lot Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 54,367 kontrak daripada 49,859 kontrak.

Pasaran ditutup pada Isnin susulan cuti ganti Awal Muharam yang disambut pada Ahad, 7 Julai

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.40 mata kepada 1,614.42 daripada 1,611.02 ketika ditutup Jumaat minggu lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan