PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM MENYUSUT BERIKUTAN KEBIMBANGAN PENINGKATAN DALAM PENGELUARAN

09/07/2024 10:40 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini berikutan kebimbangan terhadap pengeluaran dan paras stok yang bertambah dalam beberapa minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Selain itu, kelembapan dalam pasaran minyak kacang soya turut menyumbang kepada penurunan harga, katanya.

“Kami melihat paras sokongan pada RM3,900 setan dan rintangan pada RM4,050,” katanya kepada Bernama.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani menjelaskan niaga hadapan MSM dilihat didagangkan lebih rendah secara mendadak hari ini selepas niaga hadapan minyak sayuran China, minyak soya, minyak kacang soya Lembaga Perdagangan Chicago, niaga hadapan ICE canola dan niaga hadapan biji sesawi Euronext menyaksikan penjualan besar-besaran pada waktu Asia semalam.

“Penurunan harga tenaga,turut menjejaskan harga MSM terutamanya dalam diesel sulfur ultra-rendah, yang telah mengecilkan margin biodiesel minyak sawit,” tambahnya.

Pada penutup, kontrak bulan semerta Julai 2024 serta Ogos 2024 susut RM73 setiap satu kepada RM4,015 dan RM3,980 satu tan.

September 2024 turun RM83 kepada RM3,959 satu tan, Oktober 2024 merekodkan kejatuhan sebanyak RM77 kepada RM3,949 , November 2024 merosot RM73 kepada RM3,944, dan Disember 2024 kurang sebanyak RM70 kepada RM3,949 satu tan.

Jumlah dagangan menokok kepada 81,428 lot berbanding 51,843 lot yang dicatatkan semasa Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 235,174 kontrak daripada 233,507 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan adalah RM50 lebih rendah pada RM4,080 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan