PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH

15/07/2024 09:51 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki kejatuhan dalam pasaran minyak kacang soya, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata kebimbangan terhadap pengeluaran MSM yang meningkat juga menambah tekanan kepada pasaran.

"Kami mendapatI paras sokongan pada RM3,850 satu tan dan paras rintangan pada RM3,980 satu tan," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 kekal tidak berubah kepada RM3,980 satu tan, Ogos 2024 susut RM27 kepada RM3,921 satu tan, dan September 2024 turun RM20 kepada RM3,895 satu tan.

Kontrak Oktober 2024 susut RM18 kepada RM3,874 satu tan, November 2024 jatuh RM19 kepada RM3,865 satu tan, dan Disember 2024 turun RM20 kepada RM3,871 satu tan.

Jumlah dagangan susut kepada 50,012 lot daripada 62,285 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 223,188 kontrak daripada 221,682 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan turun RM30 kepada RM4,000 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan