PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH SUSULAN AKTIVITI PENGAMBILAN UNTUNG

12/07/2024 07:31 PM

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila para pelabur mengambil keuntungan dalam kaunter teknologi dan utiliti terpilih susulan kenaikan sederhana tiga hari berturut-turut pada minggu ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.06 mata atau 0.25 peratus kepada 1,619.06 daripada paras penutup 1,623.12 pada Khamis.

Indeks penunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 0.39 mata kepada 1,622.73 dan bergerak antara paras 1,616.22 dan 1,622.97 sepanjang hari dagangan.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 639 berbanding 532 dengan 513 kaunter tidak berubah, 783 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion daripada 5.39 bilion unit bernilai RM4.41 bilion pada Khamis.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau ditutup kebanyakannya tinggi berikutan keyakinan yang semakin meningkat Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedahnya. 

 Nikkei 225 Jepun jatuh 2.45 peratus kepada 41,190.68, Kospi Korea Selatan susut 1.19 peratus kepada 2,857.00, manakala Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.73 peratus kepada 3,500.33 dan Indeks Komposit Shanghai SSE naik 0.03 peratus kepada 2,971.29.

Thong berkata hasil AS turun kepada 4.2 peratus semalaman apabila para peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed AS) akan mula menurunkan kadar faedah utamanya tidak lama lagi. 

“Di Asia, lebihan perdagangan China melonjak ke paras tertinggi sejak Jun 1990 apabila eksportnya meningkat lebih tinggi daripada jangkaan manakala import mencatatkan penurunan. 

“Di bursa tempatan, kami melihat aktiviti pengambilan untung sebagai pembetulan sihat kerana ia membolehkan pasaran mencerna kenaikan baru-baru ini dan menyediakan asas kukuh untuk aliran meningkat yang lebih mampan,” katanya.

Sementara itu, ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI kelihatan bergelut untuk kekal di paras 1,620, hanya mencapai paras ini semasa sesi dagangan awal hari ini.

Beliau berkata, para pelabur dilihat menimbang semula pegangan mereka berikutan kebimbangan penurunan sektor teknologi permodalan mega di AS malam tadi merupakan penunjuk laporan pendapatan korporat yang akan diumumkan malam ini bermula dengan tiga bank pelaburan terbesar AS termasuk JP Morgan, katanya.

Ini, katanya, telah menyebabkan para pelabur menyimpan keuntungan mereka.

Di bursa tempatan, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM10.04, Tenaga Nasional susut 14 sen kepada RM14.46, Public Bank dan IHH Healthcare jatuh satu sen setiap satu masing-masing kepada RM4.11 dan RM6.33, manakala CIMB naik empat sen kepada RM7.13.

Dalam kalangan kaunter cergas, Nova dan G3 Global tidak berubah masing-masing pada 20 sen dan 3.5 sen, Ekovest naik tiga sen kepada 50.5 sen manakala Berjaya Corporation dan Reneuco meningkat 1.5 sen setiap satu masing-masing kepada 34.5 sen dan 10 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 41.62 mata kepada 12,540.70, Indeks FBMT 100 turun 44.68 mata kepada 12,110.62, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 48.49 mata kepada 12,915.20 dan Indeks FBM 70 jatuh 121.13 mata kepada 18,673.19.

Bagaimanapun, Indeks FBM ACE naik 39.22 mata kepada 5,981.21.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 6.03 mata kepada 17,800.11, Indeks Tenaga naik 0.19 mata kepada 984.52, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.07 mata kepada 200.96 manakala Indeks Perladangan turun 10.46 mata kepada 6,943.71.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 2.75 bilion unit bernilai RM3.31 bilion daripada 3.0 bilion unit bernilai RM3.85 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran jatuh kepada 897.40 juta unit bernilai RM119.60 juta daripada 1.15 bilion unit bernilai RM144.65 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 934.89 juta saham bernilai RM293.71 juta daripada 1.23 bilion saham bernilai RM413.44 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 436.52 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (591.20 juta); pembinaan (366.93 juta); teknologi (214.02 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (103.22 juta); hartanah (355.48 juta); perladangan (52.34 juta); REITs (12.34 juta); dana tertutup (12,000); tenaga (276.68 juta); penjagaan kesihatan (68.81 juta); telekomunikasi dan media (97.53 juta); pengangkutan dan logistik (97.29 juta); utiliti (78.11 juta); dan amanah perniagaan (171,700).

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan