PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA MENERUSKAN PENINGKATAN PADA AWAL DAGANGAN

16/07/2024 10:53 AM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia yang ditutup tinggi semalam, paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun, meneruskan peningkatan pada awal dagangan hari ini, dibantu oleh minat belian berterusan dan prestasi positif semalaman Wall Street.

Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka tinggi 1.91 mata kepada 1,631.73. 

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 294 berbanding 272, dengan 376 kaunter tidak berubah, 1,503 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 466.55 juta unit bernilai RM210.97 juta.

Hong Leong Investment Bank berkata ia boleh berada dalam kedudukan lebih kukuh untuk melepasi paras 1,632, paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun, sebelum berlegar pada paras antara 1,660-1,676.

"Susulan optimis terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada September depan, pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia, peningkatan pelaburan langsung asing dan pembinaan infrastruktur ditambah dengan kerancakan dalam tema pelaburan, FBM KLCI dijangka melepasi paras rintangan menembusi jangka pendek pada 1,632, sebelum berada pada paras rintangan lebih tinggi antara 1,660-1,676,” kata bank itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagi saham wajaran tinggi, TNB menambah dua sen kepada RM14.50 manakala Public Bank, CIMB dan IHH Healthcare meningkat satu sen masing-masing kepada RM4.14, RM7.19, and RM6.35, Petronas Chemicals kekal tidak berubah RM6.06 sementara Maybank dan Press Metal merosot dua sen masing-masing kepada RM10.12 dan RM6.01.

Dalam kalangan kaunter paling aktif, Bintai Kinden dan Velesto melonjak satu sen masing-masing kepada 12.5 sen dan 24 sen, MLabs naik 3.5 sen kepada 24 sen, WCT meningkat kepada lapan sen kepada RM1.19, Ekovest menokok 0.5 sen kepada 52 sen, JAKS tidak berubah pada 17.5 sen, Harvest berkurangan satu sen kepada 8.5 sen dan Ahmad Zaki Resources turun 0.5 sen kepada 34.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 3.54 mata kepada 12,636.35, Indeks FBMT 100 meningkat 4.66 mata kepada 12,205.94, Indeks FBM Emas Shariah menambah 7.41 mata kepada 13,017.99, Indeks FBM 70 naik 18.73 mata kepada 18,868.67 dan Indeks FBM ACE merosot 16.06 mata kepada 6,006.67. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 4.22 mata kepada 17,944.49, Indeks Perladangan menambah 12.10 mata kepada 6,975.73, Indeks Tenaga melonjak 2.88 mata kepada 973.95, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan jatuh 0.03 mata kepada 201.63.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan