PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

12/07/2024 08:42 PM

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini susulan satu lagi laporan inflasi yang terkawal dari Amerika Syarikat (AS) yang membayangkan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya tidak lama lagi.

Indeks Harga Pengguna (IHP) AS mencatatkan angka lebih rendah daripada jangkaan pada 3.0 peratus berbanding anggaran konsensus pada 3.1 peratus.

Pada sesi penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 meningkat kepada US$2,408.20 setiap auns troy daripada US$2,390.00 setiap auns troy pada Khamis.

Sementara itu, Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025, masing-masing turun kepada US$2,424.20 setiap auns troy daripada US$2,406.60 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada lima lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 12 kontrak daripada 13 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,409.20 setiap auns troy, berdasarkan penetapan petang oleh London Bullion Market Association pada 11 Julai.

-- BERNAMA  

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan