PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH

12/07/2024 10:02 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat susut daripada kenaikan sebelumnya apabila kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dan penurunan harga minyak kacang soya telah menjejaskan sentimen dalam pasaran, kata peniaga minyak sawit David Ng.

“Ketika ini, harga berada di paras melebihi RM3,900 setan metrik dengan paras rintangan pada RM4,030 setan metrik,” kata Ng kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 dan Ogos 2024 merosot  RM35 masing-masing kepada RM3,970 setan metrik dan 3,948 setan metrik, September 2024 turun RM20 kepada RM3,915 setan metrik manakala Oktober 2024, November 2024 dan Disember 2024 berkurangan RM14 masing-masing kepada RM3,892, RM3,884 dan RM3,891 setan metrik.

Jumlah dagangan meningkat kepada 62,285 lot daripada 49,595 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka turun kepada 221,682 kontrak daripada 225,937 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan turun RM20 pada RM4,030 setan metrik.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan