PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH

18/07/2024 08:29 PM

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis selepas mencatat peningkatan selama tiga hari berturut-turut.

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semasa Julai 2024 susut kepada US$2,467.10 setiap auns troy daripada US$2,472.60 setiap auns troy, semalam.

Selain itu, Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 turun kepada US$2,483.10 setiap auns troy daripada US$2,488.60 setiap auns troy pada Rabu. 

Kontrak niaga hadapan emas tempatan itu juga melawan arus peningkatan berterusan di Bursa Komoditi New York (COMEX) sementara menunggu semakan kadar faedah AS tahun ini, didorong oleh kenyataan pegawai Rizab Persekutuan yang membayangkan penurunan itu.

Jumlah dagangan susut kepada 18 lot daripada 34 lot manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 30 kontrak daripada 46 kontrak, sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$2,480.25 setiap auns troy mengikut penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 17 Julai, 2024.

-- BERNAMA  

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan