PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH

18/07/2024 07:16 PM

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun semalam apabila pasaran serantau ditutup bercampur-campur, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.27 mata kepada 1,633.81 daripada 1,633.54 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.16 mata lebih tinggi pada 1,633.70 dan kemudian bergerak antara 1,627.93 dan 1,634.24 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 727 berbanding 499, dengan 503 kaunter tidak berubah, 719 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 5.49 bilion unit bernilai RM4.22 bilion daripada 5.28 bilion unit bernilai RM3.87 bilion pada Rabu. 

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata sentimen keseluruhan terhadap pasaran Malaysia kekal kukuh.

“Tambahan pula, sementara indeks utama Asia ditutup bercampur-campur hari ini, rantau ini menunjukkan daya tahan walaupun terdapat kebimbangan geopolitik berikutan komen mengenai Taiwan oleh bekas Presiden Donald Trump dan potensi perubahan dasar daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden,” katanya.

Sentimen lemah dalam bursa tempatan juga dipengaruhi oleh prestasi bercampur-campur pasaran Asia yang lain apabila pelabur memantau perkembangan global.

Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.22 peratus kepada 17,778.41, Indeks Komposit Jakarta Indonesia melonjak 1.34 peratus kepada 7,321.07, Indeks Straits Times Singapura merosot 0.53 peratus kepada 3,471.16 dan Nikkei Jepun turun 2.36 peratus kepada 40,126.35.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM10.10, Public Bank naik lapan sen kepada RM4.25, CIMB dan Petronas Chemicals naik satu sen masing-masing kepada RM7.15 dan RM6.04, YTL Corp tidak berubah pada RM3.60, TNB turun enam sen kepada RM14.44, IHH Healthcare merosot satu sen kepada RM6.34 dan Press Metal berkurangan 49 sen kepada RM5.50.

Bagi saham aktif, Hubline dan Ekovest melonjak dua sen masing-masing kepada 10 sen dan 57.5 sen, JAKS pada 1.5 sen kepada 19 sen, Nova MSC meningkat tiga sen kepada 22.5 sen, MYEG jatuh lima sen kepada RM1, SNS Network berkurangan satu sen kepada 91 sen dan Bumi Armada menguncup 0.5 sen kepada 56.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 1.99 mata kepada 12,676.42, Indeks FBMT 100 naik 1.02 mata kepada 12,246.68, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 33.63 mata kepada 13,053.29, Indeks FBM 70 menguncup 2.09 mata kepada 18,976.70 dan Indeks FBM ACE berkurangan 3.12 mata kepada 5,999.10.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan turun 26.69 mata kepada 7,101.40, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 65.06 mata kepada 18,000.23, Indeks Tenaga merosot 0.12 mata kepada 972.26 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 3.96 mata kepada 196.83.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 3.20 bilion unit bernilai RM3.73 bilion daripada 3.07 bilion unit bernilai RM3.42 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran naik kepada 1.53 bilion unit bernilai RM199.72 juta daripada 1.27 bilion juta unit bernilai RM145.98 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 760.02 juta saham bernilai RM288.77 juta daripada 940.04 juta saham bernilai RM312.69 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 480.24 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (539.52 juta), pembinaan (456.52 juta), teknologi (438.20 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (96.06 juta), hartanah (351.31 juta), perladangan (37.80 juta), REIT (19.15 juta), dana tertutup (66,000), tenaga (197.0 juta), penjagaan kesihatan (93.79 juta), telekomunikasi dan media (40.80 juta), pengangkutan dan logistik (363.89 juta), utiliti (80.05 juta) dan amanah perniagaan (888,000).

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan