PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Fbm Klci Ditutup Tinggi

31/07/2024 07:51 PM

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Kontrak bulan semerta Julai 2024 meningkat 10.5 mata kepada 1,625, Ogos 2024 dan Disember 2024 bertambah 12.0 mata masing-masing kepada 1,629.0 dan 1,619.0 manakala September 2024 melonjak 11.5 mata kepada 1,611.5.

Jumlah dagangan menokok kepada 12,163 lot daripada 36,953 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 58,462 kontrak daripada 96,386 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 13.63 mata atau 0.85 peratus kepada 1,625.57 daripada paras penutup 1,611.94 sebelumnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan