PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

19/08/2024 07:28 PM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan aliran meningkat di pasaran tunai.

Kontrak bulan semerta Ogos 2024 meningkat 30.0 mata kepada 1,655.0, September 2024 dan Disember 2024 masing-masing menokok 27.5 mata kepada 1,633.5 dan 1,639.5, manakala Mac 2025 melonjak 28.0 mata kepada 1,626.0.

Jumlah dagangan bertambah kepada 14,659 lot daripada 8,779 pada Jumaat manakala kepentingan terbuka naik kepada 54,407 kontrak daripada 48,130 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 1.53 peratus, atau 24.80 mata kepada 1,648.70 daripada 1,623.90 sewaktu ditutup pada Jumaat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan