PASARAN > BERITA

Jangkaan Permintaan Tinggi Pada Deepavali Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

19/08/2024 10:41 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin di tengah-tengah jangkaan permintaan yang tinggi menjelang perayaan Deepavali, kata Penganalisis Kanan Fastmarkets Sathia Varqa.

Deepavali akan disambut pada 31 Okt dan perayaan itu dijangka memacu permintaan yang kukuh untuk minyak masak, merangsang kontrak niaga hadapan MSM.

Penganalisis itu memberitahu Bernama, pasaran kini sedang menunggu data eksport Malaysia dari 1-20 Ogos, yang dijadualkan esok untuk menentu hala tuju pasaran.

Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata harga minyak kacang soya yang lebih kukuh turut membantu menaikkan sentimen pasaran.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,650 satu tan dan paras rintangan pada RM3,850 satu tan,” katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 naik RM52 kepada RM3,924 satu tan, Oktober 2024 meningkat RM52 kepada RM3,804 satu tan dan November 2024 bertambah RM40 kepada RM3,721 satu tan.

Kontrak Disember 2024 melonjak RM27 kepada RM3,686 satu tan, Januari 2025 naik RM19 kepada RM3,672 satu tan dan Februari 2025 meningkat RM13 kepada RM3,668 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 70,934 lot berbanding 62,644 lot ketika ditutup pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 228,716 kontrak daripada 225,277 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan naik sebanyak RM30 kepada RM3,950 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan