PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

20/08/2024 07:17 PM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan penyusutan di pasaran tunai. 

Kontrak Ogos 2024 dan Disember 2024 masing-masing merosot 3.5 mata kepada 1,651.5 dan 1,636.0, September 2024 berkurangan 2.5 mata kepada 1,631.0 manakala Mac 2025 susut 3.0 mata kepada 1,623.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 13,525 lot daripada 14,659 pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 55,328 kontrak daripada 54,407 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI rendah 0.36 peratus atau 5.93 mata kepada 1,642.77 berbanding 1,648.70 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan