PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

20/08/2024 09:30 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Selasa berikutan aliran penurunan dalam pasaran minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata terdapat juga kebimbangan yang meningkat mengenai kadar eksport yang perlahan, menyumbang kepada niaga hadapan MSM yang rendah.

“Pada masa ini, kami mendapati paras sokongan MSM berada pada RM3,650 satu tan manakala paras halangan pada RM3,880 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, juruukur kargo Intertek Testing Services berkata jumlah eksport produk minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 hingga 20 Ogos merosot sebanyak 18.4 peratus.

Jumlah yang dieksport ialah sebanyak 866,641 tan, susut daripada 1,062,238 tan dicatatkan dalam tempoh 1 hingga 20 Julai lepas.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 merosot RM58 kepada RM3,886 satu tan, Oktober 2024 berkurangan RM32 kepada RM3,772 satu tan dan November 2024 susut RM6 kepada RM3,715 satu tan.

Disember 2024 naik RM7 kepada RM3,693 satu tan, Januari 2025 meningkat RM13 kepada RM3,685 satu tan dan Februari 2025 melonjak RM10 kepada RM3,678 satu tan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 60,626 lot daripada 70,934 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka merosot kepada 228,666 kontrak daripada 228,716 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan berkurangan RM30 kepada RM3,920 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan