PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

21/08/2024 10:03 PM

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini menjejaki penurunan di pasaran tunai.

Kontrak bulan semerta Ogos 2024 menyusut 14.0 mata kepada 1,637.5, September 2024 turun 13.5 mata kepada 1,617.5, Disember 2024 berkurangan 12.5 mata kepada 1,623.5 dan Mac 2025 merosot 12.0 mata kepada 1,611.0.

Jumlah dagangan menurun 7,688 lot daripada 13,525 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 52,143 kontrak daripada 55,328 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 0.45 peratus atau 7.45 mata kepada 1,635.32 daripada 1,642.77 sewaktu ditutup semalam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan