BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 
 PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

11/10/2024 02:31 PM

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan peniaga mencari petunjuk mengenai data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang untuk menilai langkah-langkah kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada masa depan, kata penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.51 mata kepada 1,635.43 daripada 1,640.94 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran, yang dibuka rendah 5.15 mata kepada 1,635.79, berada antara 1,635.21 dan 1,643.07 sepanjang sesi pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 512 berbanding 334, dengan 461 kaunter tidak berubah, 1,146 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung. 

Jumlah dagangan sebanyak 1.25 bilion unit bernilai RM1.34 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran mengambil kira kemungkinan lebih 80 peratus untuk penurunan 25 mata asas pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada November.

“Dalam pasaran komoditi, minyak mentah Brent melonjak lebih tiga peratus, didorong oleh kebimbangan yang berterusan di Timur Tengah dan jangkaan permintaan terhadap tenaga yang meningkat di AS dan China berikutan pengumuman pakej rangsangan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini. 

Dalam negara, firma itu menjangka peniaga akan menyesuaikan pelaburan mereka menjelang Belanjawan 2025, terutamanya dalam sektor e-invois, pembinaan, hartanah, bahan binaan, utiliti dan pengguna berikutan spekulasi semakin meningkat mengenai potensi projek mega dan penyelarasan semula subsidi.

“Kami turut menjangka pemulihan dalam saham perladangan serta minyak dan gas berikutan kenaikan harga minyak mentah dan minyak sawit mentah,” katanya.

Di kaunter saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM10.56, CIMB menambah sembilan sen kepada RM8.17 dan Tenaga Nasional meningkat empat sen kepada RM14.42. Bagaimanapun, Public Bank merosot 20 sen kepada RM4.37 dan IHH Healthcare susut dua sen kepada RM7.24.  

Dalam kalangan kaunter aktif, MY EG naik satu sen kepada 94.5 sen dan Top Glove meningkat empat sen kepada RM1.07. Pertama Digital merosot 2.5 sen kepada 28.5 sen, Bina Puri berkurangan satu sen kepada 36 sen dan Velocity Capital turun setengah sen kepada 4.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 28.13 mata kepada 12,289.11, Indeks FBMT 100 jatuh 26.98 mata kepada 11,987.61 dan Indeks FBM ACE berkurangan 37.18 mata kepada 5,113.56.

Sementara itu, Indeks FBM 70 naik 10.12 mata kepada 17,588.62 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 1.88 mata kepada 12,212.11.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 8.78 mata kepada 7,190.77, Indeks Tenaga susut 3.23 mata kepada 878.65, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 94.80 mata kepada 19,208.46 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.08 mata kepada 175.90.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan