PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Mendatar Minggu Depan

19/10/2024 02:22 PM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak banyak berubah pada minggu depan dengan kecenderungan untuk peningkatan kecil pada minggu depan.

Berikutan itu, indeks penanda aras berkenaan dijangka menyaksikan dagangan pada julat 1,645 hingga 1,665.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata walaupun dari sudut teknikal purata pergerakan pertumpuan/pecapahan (MACD) kekal dalam wilayah menyusut, terdapat kemungkinan berlaku sebaliknya yang mungkin menandakan permulaan fasa lebih positif jika minat belian terus ketara.

“Pelabur perlu menunggu pergerakan lebih ketara melebihi 1,650 untuk peningkatan selanjutnya,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu baru berakhir, kontrak bulan semasa Oktober 2024 menokok 7.0 mata 1,645.0 manakala November 2024 naik 7.0 mata kepada 1,648.0, Disember 2024 meraih 7.5 mata kepada 1,644.0 dan Mac 2025 meningkat 8.0 mata kepada 1,640.0. 

Jumlah dagangan berkurangan kepada 32,305 lot daripada 32,671 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka susut kepada 46,103 kontrak daripada 46,608 kontrak sebelum ini.

Bagi asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat, FBM KLCI meningkat sebanyak 12.44 mata kepada 1,645.99 daripada 1,633.55 dalam minggu sebelumnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan