Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap permintaan lemah yang mungkin meningkatkan keseluruhan paras stok negara.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata berdasarkan corak bermusim, permintaan kebiasaannya cenderung lebih lemah menjelang akhir tahun.
“Kami melihat paras sokongan pada RM4,480 setan dan paras rintangan pada RM4,750 setan,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu syarikat pemeriksaan bebas AmSpec Agri Malaysia berkata eksport produk minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 - 25 Dis merosot 1.1 peratus kepada 1.14 juta tan daripada 1.16 juta tan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Ketika ditutup, kontrak Januari 2025 meningkat RM5 kepada RM4,900 setan, kontrak Februari 2025 menurun RM3 kepada RM4,698 setan dan Mac 2025 menyusut RM15 kepada RM4,543 setan.
Kontrak April 2025 merosot RM23 kepada RM4,398 setan, Mei 2025 menurun RM18 kepada RM4,294 setan dan Jun 2025 menyusut RM21 kepada RM4,226 setan.
Jumlah dagangan menurun kepada 42,211 lot daripada 47,182 lot semalam, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 239,482 kontrak daripada 240,879 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan tidak berubah pada RM5,000 setan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial