KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2024 dan Jun 2025 meningkat 11.5 mata masing-masing kepada 1,636.0 dan 1,629.0, manakala Januari 2025 naik 13.0 mata kepada 1,639.0 dan Mac 2025 melonjak 13.5 mata kepada 1,624.0.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 16,639 lot daripada 71,659 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 64,808 kontrak daripada 113,387 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 9.54 mata atau 0.59 peratus kepada 1,637.68 daripada 1,628.14 sebelumnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial