PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

06/03/2025 09:37 PM

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan permintaan yang lemah. 

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kepada Bernama bahawa emas tersepit antara naratif persaingan pasaran yang lebih cenderung kepada kenaikan harga (pelabur yang percaya bahawa harga emas akan naik).

Beliau berkata daya tarikan emas terjejas ekoran lonjakan dalam hasil bon global yang disebabkan oleh rangsangan trilion euro Jerman, menjadikannya kurang menarik kepada pelabur yang sensitif terhadap hasil.

 Innes berkata penarikan semula tarif ke atas Kanada dan Mexico oleh Presiden Donald Trump telah mengurangkan beberapa penghindaran risiko yang menyokong emas.

"Emas terpaksa bergelut apabila bidaan aset selamat itu menurun dan hasil sebenar melonjak lebih tinggi," katanya.

Kontrak bulan semerta Mac 2025 susut kepada US$2,906.40 setiap auns troy daripada US$2,925.30 setiap auns troy hari Rabu, manakala April 2025 merosot kepada US$2,916.20 setiap auns troy daripada US$2,935.50.

Sementara itu, kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 juga menyusut kepada US$2,924.60 setiap auns troy berbanding US$2,946.10 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan turun kepada 154 lot daripada 176 lot manakala kepentingan terbuka merosot kepada 188 kontrak daripada 209 kontrak sebelum itu.

Berdasarkan penetapan oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 5 Mac, harga emas fizikal adalah US$2.913.25 bagi setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan