Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti belian saham berharga rendah serta prestasi positif semalaman Wall Street.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.23 mata atau 0.34 peratus kepada 1,531.39 berbanding 1,526.16 pada akhir dagangan semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka meningkat 3.98 mata kepada 1,530.14.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu 212 berbanding 124 manakala 267 kaunter tidak berubah; 1,793 tidak diniagakan dan 50 digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 182.59 juta unit bernilai RM103.22 juta.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran saham Wall Street mencatat kenaikan selepas ancaman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap Kesatuan Eropah ditangguhkan.
“Biarpun ketidaktentuan masih lagi ada, peniaga sebaliknya yakin satu perjanjian mungkin dapat dicapai,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata keyakinan pengguna di AS bagi Mei mencatat angka yang mengatasi jangkaan awal manakala hasil bon Perbendaharaan 10 tahun AS susut kepada 4.446 peratus.
Di peringkat tempatan, Rakuten Trade menjangkakan pemulihan segera di paras melebihi 1,530 dengan indeks dijangka bergerak dalam julat 1,525 hingga 1,540 hari ini, kata Thong.
“Kami juga menganggap prestasi kewangan korporat di Malaysia kekal baik,” katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan CIMB masing-masing naik tiga sen kepada RM9.88 dan RM6.93; Public Bank menokok satu sen kepada RM4.39; Tenaga Nasional melonjak 16 sen kepada RM14.16 manakala IHH Healthcare kekal tidak berubah pada RM6.90.
Bagi saham aktif, Velesto dan SFP Tech masing-masing meraih setengah sen kepada 17 sen dan 21 sen; Oasia Home dan Thriven susut setengah sen kepada 27.5 sen dan 9.5 sen manakala NexG pula kekal tidak berubah pada 36.5 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas meningkat 37.25 mata kepada 11,434.31; Indeks FBMT 100 naik 38.46 mata kepada 11,198.83; Indeks FBM ACE susut 0.97 mata kepada 4,572.63; Indeks FBM Emas Syariah naik 39.88 mata kepada 11,394.00 manakala Indeks FBM 70 meraih 56.90 mata kepada 16,280.21.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 37.16 mata kepada 18,085.84; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.02 mata kepada 153.42; Indeks Tenaga naik 2.26 mata kepada 700.92 namun Indeks Perladangan menguncup 39.06 mata kepada 7,337.58.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial