PASARAN > BERITA

Lonjakan Sentimen Ekuiti Heret Turun Niaga Hadapan Emas

30/06/2025 10:02 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan sentimen global yang memberangsangkan terhadap pasaran ekuiti, kata penganalisis.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata perkembangan itu turut didorong oleh sentimen perdagangan yang kian pulih, dipacu oleh kerangka perjanjian Amerika Syarikat-China serta rundingan berterusan dengan rakan utama Asia.

Kontrak bulan semasa Jun 2025 menguncup kepada US$3,277.30 setiap auns troy daripada US$3,340.80 setiap auns troy pada Khamis lepas manakala kontrak Julai 2025 susut kepada US$3,296.80 daripada US$3,355.10 setiap auns troy sebelum ini.

Selain itu, kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 turut turun kepada US$3,312.50 setiap auns troy daripada US$3,370.80 setiap auns troy pada Khamis lepas.

Jumlah dagangan berkurangan kepada tiga lot daripada 13 lot sebelum ini manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 24 kontrak daripada 36 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$3,271.75 setiap auns troy menerusi penetapan oleh pihak London Bullion Market Association pada 27 Jun, 2025.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan