KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam mod penyatuan pada tengah hari, dipernagaruhi oleh jualan berterusan selepas pelabur mengalihkan fokus mereka kepada kemungkinan berlaku penangguhan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas import dari China.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 1.70 mata atau 0.11 peratus kepada 1,536.94 daripada 1,538.64 ketika ditutup semalam.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.72 mata kepada 1,537.92 dan bergerak antara 1,533.06 dan 1,538.45 sepanjang sesi pagi.
Pasaran lebih luas adalah negatif dengan 551 kaunter rugi mengatasi 272 kaunter untung manakala 436 kaunter tidak berubah, 1,243 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 1.53 bilion unit bernilai RM999.51 bilion.
Apex Securities Bhd berkata indeks FBM KLCI kekal dalam fasa penyatuan dengan kedudukan pasaran mungkin bergantung kepada sama ada AS melanjutkan penangguhan tarifnya ke atas import China melepasi tarikh akhir ditetapkan pada 12 Ogos depan.
“Kesinambungan penangguhan itu boleh menyokong sentimen risiko global dan memberi manfaat kepada sektor dipacu eksport Malaysia terutamanya dalam rantaian bekalan teknologi elektrik dan elektronik.
“Bagaimanapun, kegagalan untuk melanjutkan penggantungan mungkin menimbulkan kebimbangan sekali lagi mengenai ketegangan perdagangan global, mempengaruhi keyakinan pelabur dan menjejaskan kaunter yang terdedah secara luaran,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank jatuh dua sen kepada RM9.64, Tenaga Nasional susut lapan sen kepada RM13.20, Public Bank meningkat dua sen kepada RM4.26, IHH Healthcare menambah lapan sen kepada RM6.93, manakala CIMB tidak beubah pada RM6.75.
Bagi saham aktif, NexG tidak berubah pada 53.5 sen, Top Glove jatuh 1.5 sen kepada 62 sen, Inari Amertron merosot 10 sen kepada RM1.87, Tanco turun tiga sen kepada 78.5 sen manakala Hartalega menguncup lapan sen kepada RM1.24.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 26.70 mata kepada 11,515.27, Indeks FBMT 100 susut 23.05 mata kepada 11,283.61, dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 34.22 mata kepada 11,534.78, Indeks FBM 70 susut 80.13 mata kepada 16,586.62 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 29.56 mata kepada 4,601.90.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 9.01 mata kepada 17,457.47, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 1.26 mata kepada 158.14, dan Indeks Tenaga susut 1.38 mata kepada 739.02 manakala Indeks Perladangan berkurangan 6.77 mata kepada 7,356.58.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial