PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

18/09/2025 09:46 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, menjejaki penurunan harga minyak kacang soya. 

Peniaga minyak sawit David Ng berkata pengukuhan ringgit baru-baru ini mungkin telah menjejaskan permintaan keseluruhan MSM.

“Kami melihat harga komoditi itu pada paras sokongan melebihi RM4,400 dengan paras rintangan pada RM4,530,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup, kontrak semerta bulan Oktober 2025 merosot RM46 kepada RM4,368 setan, kontrak November 2025 berkurang RM45 kepada RM4,405, dan kontrak Disember 2025 menyusut RM40 kepada RM4,435.

Kontrak Januari 2026 turun RM38 kepada RM4,449 setan, manakala kontrak Februari 2026 dan Mac 2026 susut RM35 masing-masing kepada RM4,440 dan RM4,406.

Jumlah dagangan berkurang kepada 87,738 lot daripada 100,222 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 260,960 kontrak daripada 263,281 sebelumnya. 

Harga fizikal MSM bagi Oktober Selatan turun RM40 kepada RM4,400 setan. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan