PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Dijangka Didagangkan Tinggi Minggu Depan

20/09/2025 10:48 AM

 

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan disebabkan prestasi eksport yang kukuh baru-baru ini, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen positif itu akan terus memberikan momentum positif kepada sentimen pasaran dan mengekalkan minat belian dalam kalangan peniaga.

“Kami menjangkakan harga MSM akan diniagakan antara RM4,330 dan RM4,450 satu tan metrik minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata niaga hadapan MSM diunjurkan didagangkan antara RM4,000 dan RM4,200 setan.

“Secara keseluruhannya, niaga hadapan MSM telah menunjukkan prestasi cemerlang berbanding harga minyak mentah yang merosot sejak kebelakangan ini.

“Permintaan fizikal untuk minyak sawit akan datang dari China, India, Pakistan, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat,” katanya.

Bursa Malaysia Derivatives ditutup selama dua hari minggu ini, pada 15 dan 16 September, 2025 (Isnin dan Selasa), sempena cuti Hari Malaysia dan dibuka semula pada 16 September, 2025 (Rabu).

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak Oktober 2025 turun RM43 kepada RM4,365 satu tan metrik, November 2025 susut RM49 to RM4,396 setan, Disember 2025 merosot RM45 kepada RM4,425 satu tan metrik, Januari 2026 berkurangan RM40 kepada RM4,442 setan, manakala Februari 2026 berkurangan RM37 kepada RM4,434 satu tan metrik.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 264,468 lot berbanding 527,663 lot dicatatkan pada minggu sebelum ini, manakala kepentingan terbuka turun kepada 260,581 kontrak daripada 263,070 kontrak.

Harga MSM fizikal untuk September Selatan berkurangan RM20 kepada RM4,400 satu tan metrik.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan