KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk hari kelima berturut-turut hari ini.
Kontrak bulan semerta Oktober 2025 naik kepada US$4,341.60 setiap auns troy daripada US$4,229.80 ketika ditutup semalam, kontrak November 2025 menokok kepada US$4,358.30 setiap auns troy daripada US$4,246.50 sebelumnya.
Manakala kontrak Disember 2025 meningkat kepada US$4,374.30 setiap auns troy daripada US$4,262.50.
Kontrak Januari 2026 mengukuh kepada US$4,391.30 setiap auns troy daripada US$4,279.50 semalam manakala kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya diselesaikan lebih tinggi pada US$4,407.20 setiap auns troy daripada US$4,295.80 sebelumnya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 135 lot daripada 63 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka susut kepada 171 kontrak daripada 177 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$4,261.95 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 16 Okt, 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial