PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tidak Berubah Walaupun Momentum Di COMEX Positif

16/04/2026 08:59 PM

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak berubah hari ini, walaupun adanya, momentum positif di  pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta April 2026 tidak berubah pada US$4,868.00 setiap auns troy dan kontrak Mei 2026 berjumlah US$4,887.00 setiap auns troy.

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 semuanya mendatar pada US$4,905.50 setiap troy auns.

Jumlah dagangan adalah sifar berbanding 23 lot yang dicatatkan pada hari Rabu, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 66 kontrak daripada 89 kontrak.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,823.25 setiap auns troy semasa penetapan petang London Bullion Market Association, 15 April 2026.

 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan