KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan kenaikan pada tengah hari ini sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lebih kukuh berikutan belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan serta kewangan.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.61 mata atau 0.33 peratus kepada 1,690.54 daripada 1,684.93 semasa ditutup pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.25 mata kepada 1,688.18 dan bergerak antara 1,686.93 dan 1,694.65 pada sesi dagangan pagi.
Pasaran secara menyeluruh positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 569 berbanding 450 manakala 492 kaunter tidak berubah, 1,131 tidak diniagakan dan 53 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.88 bilion unit bernilai RM1.86 bilion.
Pada peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 1.10 peratus kepada 25,281.43, Indeks Straits Times Singapura naik 0.92 peratus kepada 5,035.14, Nikkei 225 Jepun menokok 2.59 peratus kepada 66,367.81 dan Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan menambah 2.83 peratus kepada 8,417.22.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini, pelabur dijangka menambah pegangan dalam saham perbankan berikutan asas kukuh dan pulangan dividen yang menarik dalam jualan berterusan di kaunter berkaitan indeks.
“Peniaga dijangka membeli saham syarikat teknologi, yang sebahagiannya berpotensi mendapat manfaat daripada lonjakan permintaan terhadap nearline hard disk drives dan kepelbagaian ke arah pembuatan termaju pada 2027 manakala yang lain berpotensi mendapat manfaat daripada pengembangan hab pembungkusan termaju Intel bernilai berbilion dolar di Malaysia,” menurutnya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik lapan sen kepada RM10.58, Tenaga Nasional menambah 12 sen kepada RM14.36 manakala CIMB Group menurun satu sen kepada RM7.48, Public Bank berkurangan dua sen kepada RM4.75 dan IHH Healthcare menyusut tiga sen kepada RM8.96.
Bagi saham aktif, NationGate Holdings melonjak 14.5 sen kepada 90.5 sen, Genetec Technology dan SFP Tech Holdings, masing-masing meningkat dua sen kepada 33.5 sen dan 28 sen, YTL Corp naik tujuh sen kepada RM2.11 manakala Zetrix AI kekal tidak berubah pada 81.5 sen.
Kaunter paling untung termasuklah Nestle, menambah RM1.24 kepada RM96.24, Petronas Dagangan naik 44 sen kepada RM17.78, Kelington Group melonjak 42 sen kepada RM7.85, Ajinomoto meningkat 32 sen kepada RM13.60 dan QL Resources menokok 29 sen kepada RM3.69.
Kaunter paling rugi ialah Hong Leong Industries menurun 30 sen kepada RM18.08, Kuala Lumpur Kepong berkurangan 18 sen kepada RM19.78, Petronas Chemicals Group dan KESM Industries, masing-masing merosot 14 sen kepada RM5.37 dan RM4.82 serta Far East Holdings menyusut 10 sen kepada RM4.00.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 64.44 mata kepada 12,605.72, Indeks FBM Top 100 meningkat 64.97 mata kepada 12,445.45 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 84.31 mata kepada 12,635.22.
Indeks FBM Mid 70 naik 196.74 mata kepada 18,410.43 dan Indeks FBM ACE menokok 21.55 mata kepada 4,742.69.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.25 mata kepada 199.58, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 18.13 mata kepada 19,564.14 manakala Indeks Perladangan menurun 35.63 mata kepada 8,469.32 dan Indeks Tenaga merosot 4.33 mata kepada 778.57.
Bursa Malaysia turut mengumumkan bahawa dagangan saham Harrisons Holdings (M) Bhd telah dihentikan dari 11.19 pagi ini dan akan disambung semula pada 2.30 petang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial