PASARAN > BERITA

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Dalam Niaga Hadapan Serantau Lemah

08/06/2026 06:00 PM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, mengambil petunjuk daripada niaga hadapan getah serantau yang lemah dan harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun menurun berikutan jangkaan peningkatan bekalan getah asli dan getah sintetik, selain paras inventori yang tinggi di China sebagai pengguna terbesar, yang memberi impak kepada harga di pelbagai bursa dagangan.

“Inventori getah di gudang yang dipantau oleh Bursa Niaga Hadapan Shanghai (SHFE) turut meningkat satu peratus berbanding minggu sebelumnya,” katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata dasar monetari Amerika Syarikat (AS) yang lebih ketat, disokong oleh data pekerjaan AS yang berdaya tahan, turut mempengaruhi sentimen pasaran.

Bagaimanapun, katanya penurunan seterusnya dikekang oleh kenaikan harga minyak mentah.

“Harga minyak melonjak pada Isnin, didorong oleh serangan baharu Israel ke atas Lubnan sehari sebelumnya dan terus meningkat selepas terdapat laporan mengenai letupan di Iran,” katanya. 

Setakat ini, harga minyak mentah Brent meningkat 4.74 peratus kepada US$97.50 setong.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 menurun 11 sen kepada 926 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 0.5 sen kepada 762.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan