KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Pada minggu ini, bank pusat itu melakukan operasi harian menerusi tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM37.50 bilion daripada RM36.65 bilion.
Sementara itu, lebihan mudah tunai dalam sistem Islam susut kepada RM23.10 bilion daripada RM24.31 bilion sebelumnya.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 11 Jun 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial