POLITIK > BERITA

AMANAH TAWADUK TERIMA KEPUTUSAN PRK SUNGAI BAKAP - MOHAMAD

09/07/2024 01:37 PM

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Parti Amanah Negara (Amanah) menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap dengan penuh tawaduk dan akan berusaha mengukuhkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kesepaduan jentera antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16. 

"Amanah menghormati keputusan PRK Sungai Bakap dengan penuh tawaduk bahawa usaha berterusan akan digerakkan Amanah bagi mengukuhkan sokongan rakyat kepada kerajaan Perpaduan.

"Amanah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas parti di semua peringkat yang telah memberikan komitmen yang cukup jitu sepanjang tempoh berkempen," katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Pada Ahad lepas, Perikatan Nasional (PN) mengekalkan status quo di Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail menang dengan majoriti 4,267 undi menewaskan calon PH Dr Joohari Ariffin.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya sebelum ini Nor Zamri Latiff, yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan