POLITIK > BERITA

Penstrukturan Semula MPN PKR pahang

04/10/2024 04:31 PM

KUANTAN, 4 Okt (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang melakukan penstrukturan semula Majlis Pimpinan Negeri (MPN) menerusi satu mesyuarat yang diadakan 23 Sept lepas. 

Penstrukturan itu dibuat selaras pelantikan baharu Pengerusi MPN PKR Pahang Rizal Jamin oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 15 Sept lepas.

Rizal sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi PKR Pahang menggantikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh yang dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR yang baharu. 

Rizal yang juga Ketua Cabang Lipis berkata menjadi harapan beliau agar barisan kepimpinan yang dipilih kali ini dapat menjayakan hasrat dan kehendak presiden parti menerusi agenda MADANI. 

"Saya percaya bahawa pasukan yang dibentuk ini adalah kesinambungan daripada kepimpinan yang terdahulu semasa PKR Pahang dikemudi  Datuk Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor) dan Fuziah," katanya dalam kenyataan hari ini. 

MPN itu dianggotai Penasihat PKR Pahang yang terdiri daripada Amirudin, Fuziah dan Pengerusi MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman.

Ketua Cabang Kuantan Fakhrul Anuar Zulkawi dipilih sebagai Timbalan Pengerusi, manakala bagi jawatan Naib Pengerusi dibarisi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang Sim Chon Siang, Ahli Dewan Negara Manolan Mohamad dan Ketua Cabang Kuala Krau Mohamad Hafeez Harun. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu Chan Chun Kuang kekal sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang dan Haslindalina Hashim sebagai Ketua Wanita Negeri selain Farahida Fauzi sebagai Setiausaha PKR Negeri. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan