KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-26 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,788 kes berbanding 2,438 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat lima (5) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-26 tahun 2024.
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-26 adalah sebanyak 75,263 kes berbanding 59,057 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 60 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 40 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial