XSOLLA MELANCARKAN PENYELESAIAN BAHAGIAN BELAKANG YANG MEMENANGI ANUGERAH, MENAMBAH SOKONGAN MAIN SILANG PLATFORM UNTUK KONSOL GENERASI AKAN DATANG

17/07/2024 02:19 PM

LOS ANGELES, 17 Julai (Bernama) -- Xsolla, syarikat perdagangan permainan video global, mengumumkan pelancaran Bahagian Belakang Xsolla (Xsolla Backend), penyelesaian berinovatif yang direka bentuk untuk membantu pembangun pelbagai saiz, terutamanya pasukan indie dan sederhana, bekerja merentasi pelbagai platform permainan. Bahagian Belakang Xsolla (Xsolla Backend) menjadikan permainan lebih mudah diakses dengan membenarkan pembangun menyatukan khalayak masing-masing merentasi semua platform: PC, konsol, peranti mudah alih dan laman web. Ini menangani pemecahan khalayak yang biasa berlaku kepada sebahagian besar permainan dan membolehkan pembangun menjimatkan kos sambil mewujudkan keterlibatan yang lebih mendalam semasa mengembangkan perniagaan permainan masing-masing.

Bahagian Belakang Xsolla (Xsolla Backend) menawarkan pembangun penyelesaian berskala besar dan berpatutan untuk meningkatkan kefungsian permainan dan keterlibatan pemain merentasi semua platform teknologi. Ini termasuk pengurusan akaun yang diperkemas, pemadanan yang cekap, sistem pencarian dinamik dan kefungsian main silang dan berbilang pemain yang teguh. Ciri-ciri ini memastikan pengalaman permainan yang lebih berhubung dan berimersif, membenarkan pembangun memberikan lebih tumpuan kepada aspek kreatif pembangunan permainan sambil meminimumkan kerumitan teknikal. Penyelesaian bersepadu menegak membolehkan main silang dan bayar silang merentasi semua platform, disepadukan dengan lancar bersama penyelesaian perdagangan permainan Xsolla.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan